"علي اليمين ، علي اليمين"
(Ke kanan-ke kanan)
Seorang wanita arab bercakap dengan suara yang agak kuat.
"اليمين اولى"
(Kanan lebih baik)
Kami jadi serba salah. Apa yang kita tahu saff perlu dimulakan dari tengah agar seimbang. Tapi wanita tersebut tetap mahu semua jamaah saff kedua ke kanan. Ahli jamaah yang sudah berada dikanan memandang kami serentak. Tanpa mahu menimbulkan keresahan dan bising-bising terpaksalah turut berada disebelah kanan saff. Sedangkan ditengah dan kiri saff kosong sahaja.Kalau ia sebuah sampan pasti dah senget.
Bagaimana sepatutnya saff baru dimulakan ?Boleh rujuk link di bawah.
https://islam.nu.or.id/bahtsul-masail/dari-mana-kita-mulai-shaf-kedua-dalam-shalat-jamarsquoah-1ytAH
Bila solat jamaah, perkara yang paling diingati ialah bagaimana tegasnya guru kami ustazah Juwairah Abu Bakar dalam memastikan saff puteri-puteri lurus dan rapat.
"Jangan bagi renggang, nanti syaitan masuk celah-celah hampa"
"Bagi sama bahu"
"Tengok bahu kawan sebelah ,sama Ka dak"
"Jangan solat sorang-sorang di belakang saff yang penuh, kena cari teman"
Boleh rujuk link ini sebagai panduan memulakan saff baru.
Pesanan demi pesanan untuk setiap kali solat.
Puteri-puteri MTI Derang pasti mengingati solat jamaah di masjid puteri sebagai satu kenangan yang sangat indah .
Ketika kita diminta menjarakkan solat oleh pihak-pihak yang berkenaan ketika pendemik, kita patuh. Maka ketika kita dibenarkan merapatkan saff, berusahalah merapatkan nya semula. Bahu membahu menjadikan hati-hati mukmin saling bertaut.
Covid19 kadangkala menjadi ujian tauhid kita. Sejauh mana gerunnya kita dengan makhluk berbanding dengan Pencipta makhluk . Bila pihak berkenaan mengatakan dah boleh rapat saff maka rapatkan. Dah boleh berziarah, maka ziarahlah dan bersilaturahim lah Buang ketakutan bina keyakinan. Setelah segala S.O.P kita amalkan maka bertawakal lah , bahawa tiada yg memudaratkan kecuali dengan izin-Nya.
Dari fasa sebelum pendemik hingga fasa endemik dan sampai bila-bila tetap hukum meluruskan dan merapatkan saf adalah sunnah yang sangat dituntut. Bahkan ada ulama yang mewajibkanya
Ibu-ibu. Jom ingatkan imam-imam muda dan imam kecil kita dirumah peri pentingnya menjaga saff solat berjamaah.
Selamat menempuh 10 terakhir Ramadhan. Semoga mendapat kebaikkan malam seribu bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan