Allah.Allah.Allah.
Bismillahhirrahmanirrahim.
![]() |
| Bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.Begitulah manusia yang muda akan menemui hari tua. |
Tua, suatu waktu yang pasti, perjalanan akhir sebelum menghadapi ajal. Itupun jika Allah izinkan untuk terus menghirup udara dunia hingga ke penghujung usia lanjut. Kadangkala seseorang ditakdirkan menemui pencipta disaat usia yang masih muda. Apa pun ketentuan Allah, menerima dengan hati yang redho akan menjadikan minda kita lebih tenang.
Tua, kadangkala digeruni. Kulit menjadi kendur, mata kabur, gigi sudah berterabur sementara menanti panggilan kubur. Ya Allah, akhirilah kami dengan husnul khatimah.
Adakala
, kita merasa kasihan, melihat ibu atau bapa yang telah tua di tengking
anak- anak. Di permainkan. Lebih menyedihkan, jika disia-siakan.
Marilah
kita sama-sama bermuhasabah, sama-sama merenung, disamping menyiapkan
bekal untuk usia senja dan pasti membawa kebaikkan ke alam baqa'.
Hakikatnya
, bagaimana layanan orang lain terhadap kita ketika kita telah berusia
,adalah hasil tuaian layanan dan tindakkan kita ketika kita masih muda.
Jesteru itu, berusahalah membenihkan kasih sayang dari ketika masih kuat
bertenaga , agar buah belas dan kasih kita bisa petik ketika lumrah
jasad sudah lemah tak terdaya dan bernama tua.
Kadangkala
kita melihat seorang ibu tua termenung di birai katil. Entah apa yang
di fikirkan. Seketika merenung kedalam diri, andai aku di tempatnya ,
apa yang akan ku menungkan. Sesekali berbisik ke dalam hati , alangkah
baiknya kalau menungan yang panjang itu diganti dengan zikir.
Allah....diri sendiri pun terlalu lemah dan lalai. Tapi bergembiralah
buat warga emas yang beriman. Kerana nabi Muhammad pernah menyebutkan
bahawa Allah akan mudahkan hisab untuk orang- orang yang telah tua.
MasyaAllah....
Mari renungi diri buat persediaan kemudian hari
1.
Niat. Dalam memberikan pendidikan terhadap anak- anak sentiasa betulkan
niat. Lakukanlah semata- mata mencari redha Allah. Membina khalifah
Allah.
Juga nyatakan hasrat yang betul terhadap anak- anak dan dalam setiap doa.
*Ayah ibu ingin anak-anak kelak jadi anak yang soleh dan solehah.
*Ayah ibu ingin anak-anak kelak berjaya dunia dan akhirat serta murah rezeki.
*Ayah ibu ingin anak- anak kelak berbakti pada ayah dan ibu bila kalian telah dewasa dan kami sudah tua dan uzur.

Jangan merasa ego dengan mengatakan- ibu dan ayah tak mengharapkan apa-apa dari kalian . Cukuplah kalian dah berjaya.
Kerana kita tidak tahu di usia senja macam- macam yang boleh berlaku. Takdir Allah yang tidak kita tahu. Yang kaya bisa menjadi papa. Yang sihat dan kuat bisa menjadi sakit tak berupaya. Jesteru , disaat itu anak-anak adalah insan yang paling dekat dan patut berbakti. Oleh itu siap siaga kan niat dengan betul didalam setiap lafaz dan doa, kerana itu yang akan kita tuai diakhir usia.

2.
Sentuhan. Rupanya sentuhan amat bermakna dan berharga. Jika tidak,
bagaimana tidak Rasulullah mencium dahi fatimah sewaktu ingin bermusafir
dan pulang dari musafir. Jika tidak, bagaimana salam sesama muslim itu
disyariatkan dengan berjabat tangan. Jika tidak, bagaimana dengan sunnah
nya berpelukan selepas lama tidak berjumpa.
MasyaAllah, dengan sentuhan ada cas yang mengalir menghasilkan aliran kasih sayang dari naluri yang tersendiri. Jesteru itu, benihkanlah kasih sayang antara anak-anak dan saudara mara yang ada hubungan mahram atau sesama jenis dengan kasih sayang yang ada sentuhan. Bukan semata-mata memewahkan mereka dengan harta semata-mata. Kerana ia akan menjauhkan batin mereka walau zahirnya mereka

didepan mata.
*seringlah memeluk dan mencium anak-anak yang masih kecil, kerana sentuhan ini akan menjinakkan hati mereka dengan kita.
* jika kita hanya memberi arahan tanpa ada sentuhan kita akan dapati liarnya jiwa mereka dari kita.
* jika kita hanya memberi arahan tanpa ada sentuhan kita akan dapati liarnya jiwa mereka dari kita.
3.Elakkan terlalu obses pada sesuatu urusan dunia.Contohnya terlalu teliti dan berkira tentang makanan.Atau terlalu beria-ia dalam berpakaian dan berhias-hias. sikap yang tidak baik ini jika tidak diubah dari ketika muda akan berterusan hingga ke lanjut usia dan akan menjadi beban pada diri sendiri dan menjengkelkan orang lain ketika kita sudah lemah daya dan tenaga.Usahakan agar segalanya bersederhana dan mengikut jejak Baginda Sallallahualaihiwasallam.
4.Cari ilmu dan amalan zikir harian.
Meskipun sekarang kita masih belum mampu untuk mengamalkan pelbagai zikir dan amalan yang kita cari dan kita perolehi dari guru2 yang diiktiraf, tapi suatu hari nanti akan sampai waktunya Allah akan anugerahkan kita masa bersendirian. Ketika anak2 sudah dewasa, kerjaya juga sudah stabil atau sudah ditinggalkan, maka itulah ruang untuk amalan yg telah kita cari itu. Seandainya ketika itu baru ingin mencari, ia agak sedikit terlambat walaupun begitu InsyaAllah tetap bermanfaat.

Kenapa
disebutkan sebagai agak terlambat? Kerana seringkali kita dengar mereka
yang baru bersara, berhasrat mendalami ilmu agama setelah usia muda
dihabiskan dengan bekerja tapi apakan daya, diwaktu usia bersaralah
pelbagai penyakit mula atau sudah pun mendiami tubuh dan jasad.Jesteru
itu carilah ilmu ketika masih sihat bertenaga . Usahakan memiliki amalan
zikir dan aurad seawalnya buat bekalan harian kita.
Mari bersama membina ketahanan diri zahir dan batin , jiwa dan jasad dengan ilmu dan amal.
Ikhlaskan niat, semoga bermanfaat.