Khamis, 17 Jun 2021

Jemput bahagia dengan memberi, memberi lah walau dgn cara membeli.

Petang dalam hujan yang renyai, keluar sebentar ke pekan Sp. Cod barang. (Atau yg lebih tepatnya G.O. D 😊-gift on delivery) Teman anak hantarkan anak pokok strawberi tanah rendah untuk kawannya di Husain nasi kandar. Parking depan kedai, sementara tunggu anak jumpa sahabatnya , kelihatan seorang pakcik sedang menjual makanan dari van. Kerana betul-betul dihadapan kereta, gelagatnya saya perhatikan. Sesekali menyapa orang yang lalu lalang. Tak ada yang singgah sepanjang saya disitu. 
Timbul rasa simpati. "Nanti nak suruh anak belikan”Hati terdetik. 
" Berapa ringgit pakcik"
"Rm3 sahaja . Ada dua bekas ja lagi. Pakcik nak balik dah ni. "
"Bagi 2 pakcik."
Sebaik sahaja anak belikan jualannya, terus saja dia berkemas untuk pulang. 
Apa yang anda rasa? Rasa bahagia datang bila kita memudahkan urusan orang lain.Jemputlah bahagia walau dengan memberi, memberi lah walau dengan cara membeli.
Sangkaan saya bahawa tak ramai yang membeli adalah salah.sebaliknya sayalah pelanggannya yang terakhir. 😅.
Dan Alhamdulillah, kawan anak belanja murtabak Husain nasi kandar. 🥰
 
#kanjimasjidtamanintan.





Khamis, 10 Jun 2021

Menyenangkan hati si penanamnya ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎(يعجب ‏الزراع) ‏ ‏siri(1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika awal pkp, ramai berkongsi aktiviti bersama anak-anak. Seterusnya , acara masak-masak. Tambah lagi pkp, orang mula berfikir dan bertindak memulakan perniagaan. Alhamdulillah. Hikmah dari ujian. Ramai yang mula jana pendapatan sendiri. Bila pkp demi pkp bersambung , ramai yang mula cari hobi baru. Antaranya, mendekati alam sekeliling. Bercucuk tanam dan menabur benih. 

Mendekati alam sebenarnya tidak pernah menjemukan. Bagi yang suka menanam pokok, setiap hari keluar rumah, melihat anak-anak pokok membesar didepan mata. Menenangkan. Tidak pernah jemu mata memandang pokok-pokok hijau. Dan tidak pernah puas untuk menanam. Lagi dan lagi ,sampai penuh kawasan rumah dengan pokok-pokok pun masih terasa ingin menabur benih. 
"Dunia ini hijau dan menarik. Sampai bila pun kita tidak akan puas dengannya" maksud kata-kata seorang Hamba Allah ini akan selalu bermain di ingatan setiap kali melihat pokok-pokok hijau yang ditanam.sangat benar ungkapan ini.

Namun sebaliknya dalam al-Quran surah al-Fath ayat 29, Allah mengumpamakan sahabat-sahabat yang bersama dengan Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam seperti 
"biji benih yang  mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus diatas batangnya, tanaman itu menyenangkan penanam-penanamnya"kerana Allah ingin menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang Islam). 

Ayat penuh;
مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ ۗوَالَّذِيْنَ مَعَهٗٓ اَشِدَّاۤءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَيْنَهُمْ تَرٰىهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَّبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيْمَاهُمْ فِيْ وُجُوْهِهِمْ مِّنْ اَثَرِ السُّجُوْدِ ۗذٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ  ۖوَمَثَلُهُمْ فِى الْاِنْجِيْلِۚ  كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْـَٔهٗ فَاٰزَرَهٗ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوٰى عَلٰى سُوْقِهٖ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيْظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗوَعَدَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنْهُمْ مَّغْفِرَةً وَّاَجْرًا عَظِيْمًا ࣖ  29.
 Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Injil, yaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, ampunan dan pahala yang besar.( surah Al-Fath -29)

Seumpamanya, begitulah orang-orang yang benar-benar beriman. Menyenangkan mata orang yang memandang sebagai mana pokok yang tumbuh subur dan baik menyenangkan mata orang yang menanamnya. (يعجب الزواع)

Jom share pokok yg sahabat-sahabat tanam. Letak di komen.