Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi-pagi musim PKP , biasanya kita keluar rumah dulu untuk lihat pokok-pokok hijau yang menenangkan. Tapi ada satu pagi, Nurul Asma' (darjah satu) yang keluar awal dahulu. Kita baru di pintu melangkah keluar , dia datang dengan segenggam bunga.
"Cantik dak Umi"?
😅Ya Allah... Kudup bunga yang masih tak kembang di potong segenggam !!!!!
"Asma' nak tanam pokok ni"
Pokok ni tanam pakai ubi, mana boleh tanam dengan kudup bunga. Hai la..anak.
Rasa macam nak marah. Tapi bila tengok warna bunga yang cantiknya Subhanallah,,,, kita pun tak jadi marah.
Ambil kudup-kudup bunga, letak dalam cawan teh arab, masukkan air, Alhamdulillah.kembang cantik. Tapi tanpa umbinya, tak bertahan lama kecantikannya.
Dalam fasa-fasa mencabar sekarang, ibu-ibu tentu menghadapi pelbagai cabaran. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Bertabahlah, kerana fasa lapang akan datang jua bila anak-anak dah membesar, waktu itu kita akan merasa kesalnya sebab suka marah-marah 😞
Marah, kadangkala berpunca dari diri sendiri dan tekanan sekeliling. Marah juga kadangkala dari penyakit atau ketidak seimbangan hormon. Contohnya orang yang mempunyai penyakit Hypotiroid cenderung menjadi orang yang cepat marah. Atau juga marah-marah berpunca dari gangguan jin. Jadi , orang sekeliling perlu prihatin, jika seorang wanita sering marah-marah selidikilah dimana puncanya. Berubatlah untuk yang sakit , perbaikilah jika berpunca dari keadaan sekeliling..
Untuk wanita, jom berusaha perbaiki diri.
Rasulullah ajarkan Saidatina Aisyah Radhiallahu anha doa ketika marah.
*"اللهم اذْهَبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِي مِنْ مُضِلاَةِ الْفِتَنِ"*
Ya Allah, hilangkanlah perasaan keras pd hatiku. Dan jauhkanlah aku drpd kemudharatan fitnah".
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=357314789090522&id=100044360112932
Boleh juga amalkan ayat Al-Quran surah Ali-Imran ayat 200
يٰأَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ؑ٢٠٠
200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
Dan yang paling mudah adalah membaca ketika hendak marah.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Amalkan lah dan yakin, insya-Allah berkesan. Kita kongsi apa yang pernah kita lalui.