Rabu, 8 Jun 2022

Akhir zaman , saat penuh fitnah. Apa perlu kita buat?

Bismillahirrahmanirrahim

* ORANG BERAGAMA.

Berpegang teguhlah dengan agama Allah, sekalipun seperti menggenggam bara api. Dan gigitlah sekuatnya seperti menggigit dengan geraham yang paling kuat.

Akhir zaman, ramai yang petah berbicara tentang agama, tetapi sangat sedikit yang warak dalam beragama. 

Ambillah peduli dengan setiap suap nasi dan setiap potongan daging yang dimasukkan ke dalam mulut. Kerana makanan haram yang mendarah daging mudah membawa hati dan mendorong diri kearah dosa dan maksiat. 

Orang pandai-pandai dalam agama , jangan sesekali menggunakan agama bagi mencapai kepuasan nafsu dalam mengejar kekayaan . Kerana ia menjadi fitnah yang amat besar buat agama. 

*ORANG YANG JAUH DARI AGAMA.

Bersegeralah mencari ilmu dari guru-guru yang sangat menjaga adab dan kuat mengamalkan sunnah nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam.

Telitilah dengan sebenar-benarnya sebelum mengambil seseorang sebagai Syeikh atau guru.Berapa ramai orang yang jahil tertipu dengan orang yang mendakwa dirinya sebagai Sheikh yang hebat. Si jahil tertipu kerana terus ingin melalui jalan tariqat tanpa mempelajari ilmu syariat.
Bila Syeikh mengatakan solat boleh bertangguh-tangguh, si jahil akan mengiakan kerana dia tidak tahu. 
Dalami Tauhid, feqah dan tasawuf (iman, Islam dan ihsan) insya-Allah ,Allah mudahkan jalan bertariqat. 

BERTERUSANLAH BERPAUT PADA GURU YANG SEBENARNYA DALAM PERJALANAN MENUJU ALLAH. SUPAYA KITA SENTIASA TERBIMBING DALAM KEHIDUPAN. AL-QURAN SUMBER RUJUKAN KITA. TIDAK MAHIR DENGAN SELOK BELOK AL-QURAN RUJUKLAH DENGAN GURU-GURU YANG MEMAHAMI ILMU DALAM AL-QURAN. SEMOGA KITA SENTIASA TERBIMBING MENUJU REDHO-NYA.