Bismillahirrahmanirrahim
Seorang hamba Allah bercerita.
Ketika baru pulang dari timur tengah , hati bersemangat waja , ingin menggapai bintang sebagaimana kawan-kawan yang lain. Menjadi pendidik dalam mana-mana sekolah atau madrasah memang menjadi impian. Namun bila keutamaan perlu diberikan buat keluarga yang sedang membesar, niat dipendam dahulu.
Apabila ada jiran- jiran meminta untuk mengajar anak-anak mereka al-quran , maka kesempatan berharga tidak dilepaskan walau hati masih mengharap dapat mengajar di mana-mana madrasah.
Rupanya takdir telah menetapkan bahawa mengajar al-Quran adalah tugas nya.. Ia berterusan hingga ke hari ini.
Banyak perkara yang dia belajar dari tugas sebagai guru al-Quran anak2 di persekitaran kediaman.
Walaupun tidak dinafikan ramai orang yang mengharapkan gaji yang lumayan. Persekitaran dan kawan-kawan yang menghiburkan, tapi dengan mendekatkan diri dengan al-Quran setiap kali mengajar, ia sangat memberikan kesan pada hatinya.
Ya-Allah .... Betapa dia merasa ia adalah anugerah yang sangat berharga.
Setelah beberapa tahun mendampingi anak-anak kecil yang membaca iqra, juga al-Quran dan tajwid, hatinya semakin menghayati sabda nabi,
خيركم من تعلم القرآن وعلمه.
Sebaik-baik kalian ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
Antara kesan yang sangat bermakna buat dirinya ialah
# jika kelas cuti,hati jadi rindu ingin untuk mengajarkan al-Quran.
#tidak lagi terasa berat untuk memperbanyakkan bacaan walaupun hingga 4 muka sekali bacaan.
# terasa sepi jika tiada alunan al-Quran .
Sudah cukup memada jika dapat mendengar alunan walau dari aplikasi di talifon pintar.
..,.......................................
Dari cerita diatas dan berdasarkan
niamat-niamat yang dianugerahkan itu, tidak dapat lagi membohongi hati bahawa tugas guru iqra, muqaddam dan al-Quran walau kadang-kala hanya dipandang rendah, tapi nilainya adalah sangat mulia disisi Allah.
Bayangkan betapa satu huruf dibaca= 1pahala. Betapa banyak ucapan huruf al-Quran yang keluar dari lidah seorang guru al-Quran setiap malam.
Jadi biar siapa pun kita, yang penting seorang muslim , belajarlah al-Quran dan ajarkanlah. Sekurang-kurangnya pada anak-anak sendiri.
Dengan mendampingi anak-anak kecil dan remaja yang datang belajar,kita dapat memahami banyak perkara tentang mereka. Memahami masaalah mereka dan menasihati dari hati ke hati. Kerana jarak membaca al-Quran dengan guru sangat dekat, InsyaAllah nasihat akan berkesan .La haula wala quwwata illa billah.
Kita juga mendapati kebanyakkan pelajar sekolah menengah( tak termasuk sekolah agama ) tidak dapat menghafaz surah-surah lazim kecuali al-Fatihah dan an-Nas . Ada juga yang mampu 3 surah sahaja termasuk al-Ikhlas.
Menyedihkan. Kerana dari 114 surah dalam al-Quran hanya 2 sahaja yang mampu dihafaz. Sedang pelbagai formula dapat diingat untuk menghadapi peperiksaan. Tak percaya? Cuba uji anak2 remaja disekeliling anda.
Namun kelebihan bagi anak-anak yang mendapat bimbingan penuh Kafa dan Upkk InsyaAllah dapat menghafaz surah- surah lazim dengan baik.
Marilah memesrakan anak-anak dengan al-Quran bermula dari dalam buaian , dengan menunjukkan huruf- huruf hijaiah, mendengarkan audio al-Quran dari pelbagai aplikasi dan suara, atau lebih baik ibu dan ayah sendiri yang membacakan.Supaya ketika dihantar mengaji ketika berumur empat tahun atau lima , sekurang- kurangnya ustazah tak perlu lagi mengenalkan kepada anak kita alif ba ta.
Belajarlah al-Quran dan bacalah walaupun dalam keadaan YATATA'TA'. ( tergagap-gagap) kerana ganjarannya sangat besar.
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan