Bismillahirrahmanirrahim
Allah beri kita ujian agar kita lebih berpengalaman.
Allah beri kita ujian agar kita lebih matang dalam pemikiran.
Allah beri kita ujian agar kita lebih memahami selok belok kehidupan.
Ujian yang Allah beri sebenarnya tidak sia-sia.
Ada ganjaran pahala atas kesabaran kita.
Dan ada ganjaran syurga menanti di akhirat sana.
Ujian, tarbiah dari Allah buat kita .
Dalam ujian sakit Allah mengajar kita tauhid, bahawa yang menyembuhkan itu bukan sesiapa dan bukan apa-apa. Tapi Dia yang maha Esa.
Dalam ujian harta Allah mengajar kita tauhid, bahawa Dia yang memberi kaya, bukan sekadar bergantung kepada usaha semata-mata.
Dalam ujian hati dan perasaan, jua Allah ajar kita tauhid , bahawa yang membolak-balikkan jiwa dan rasa itu Dia. Sekelip mata dari rasa cinta dan suka, bisa bertukar menjadi benci dan nista.
Begitu juga sebaliknya. Dari tidak suka bisa menjadi kasih dan mesra.
Paling perit bila terjadi ujian antara pasangan, kecil hati, terasa hati dan sakit hati. Jelas sebenarnya disana, tauhid yang Allah ajarkan kepada kita, jangan bergantung kepada manusia semata-mata, kerana mereka akan berubah dan akan timbul rasa kecewa, tapi bergantung lah pada Dia sepenuhnya. Al-Malikul haqqul mubin adalah pemilik alam semesta.
Tiada daya kita, kecuali dengan anugerah dan belas kasihan dari rahmat-Nya yang maha luas.
Yang penting... Mohonlah yang baik-baik dari Allah AL-BARRUR-RAHIM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan