Masih lagi dalam mood Syawal. Walaupun sebenarnya sketsa berlaku sebelum Ramadhan lagi.
Ketika ada tetamu yang hadir, umi minta diri untuk buatkan air di dapur. Tetamu rehat sebentar di ruang tamu.
Di dapur bersama si kecil Salim , yang memang tersangat rajin nak membantu.
Umi siapkan air oren dalam jag plastik dan letakkan atas kabinet dapur sementara nak masukkan ais.
Ambil ketulan ais dalam peti sejuk dan ketuk dgn anak lesung supaya lebih kecil.
Salim nak ketuk jugak.
Umi beri sedikit ais pada Ahmad Salim untuk diketuk dalam lesung batu. Sebenarnya juga agar Salim tak mengganggu proses penyediaan minuman untuk tetamu. ๐.
Duk, duk, duk. Khusyuk ais diketuk.
Umi pusing cari dulang minuman, dah dapat terus kearah jag plastik tadi.
Aik, Tak ada....
Mana air oren?
Tengok pada Salim.
MasyaAllah....
"Alim dah boh ais"
Rupanya Salim dah angkat jag air oren yang dah sedia untuk tetamu dan masukkan ais batu dari lesung batu yang di ketuk ๐
.
Allah.... Takkan nak jamu tetamu dgn air oren perisa bawang dan cabai. Lagipun ais dah tak ada.
Salim hanya terkebil-kebil rasa bersalah. Kalau kuat sikit suara umi, memang akan meraung satu rumah.
Terpaksa buat air teh panas untuk tetamu. Air oren campuran rasa tangan kecil Salim nampaknya ke sinki sahaja.
Sebaik dihidangkan, tetamu minum teh panas dan kelihatan rasa sangat nyaman.
"Alhamdulillah... Lega rasa. Hari ni rasa macam nak selsema."
Umi terdiam. Hikmah air oren batu lesung si kecil Salim. Jika tadi umi hidangkan minuman sejuk, tentu tetamu rasa kurang selesa. Walaupun mungkin tak akan cakap apa-apa.
"Bahasa anak", ilham dari Allah yang kadangkala tak terjangkau dek akal kita.
Ibrahnya.... Jangan cepat naik angin๐
.
#bahasaanak
#ibrahdanqissah
#serisurikehidupan
#Selamatharirayamaafzahirdanbatin.2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan