Selawat dan salam buat nabi junjungan.Muhammad sallallahualaihiwasallam.
Serangan berterusan Isr@el keatas bumi Gaza menyaksikan beribu nyawa terkorban. Usah dikira yang cedera dan kehilangan anggota badan, bahkan tubuh anak-anak kecil hanya tinggal cebisan.
Kejam.
Tiada belas kasihan. Hilang nilai kemanusiaan bahkan juga sifat belas kasihan yang tersisa dalam kelompok haiwan pun tiada dalam fikiran mereka yang merancang serangan.
Yang penting bagi mereka adalah kepuasan. Tanpa memikirkan akibat dan balasan di hari kemudian.
Teramat sedih dan pedih.
Melihat anak-anak kecil mencari ibu dan ayah. Meraung kesakitan dengan luka yang parah. Sangat merobek perasaan dan hati kita. Berat mata hati yang memandang berat lagi pada tubuh badan yang ditimpa ujian . Kenapa "mata hati"? Kerana ada manusia yang memandang dengan mata zahir, namun mata hatinya tiada simpati.
Luluh jiwa dan rasa melihat seorang ibu mencari-cari anaknya yang maut dibawah runtuhan. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, sekelip mata berubah wajah tak dapat dikenali kerana parah dan berdarah. Seorang suami yang mengendong jenazah bayinya sambil meluahkan cinta dengan tulisan pada kain kapan isteri... Allah.. Ujian mereka hebat. Kerana mereka ummat yang terpilih. Untuk masuk ke syurga Allah dengan tiket syahid.
Sebagaimana kata seorang ahli ilmu," Kalau Yahudi itu dimusnahkan Allah, dengan apa kamu ingin ke syurga?
Tapi yang lebih menyedihkan adalah kebisuan yang panjang dari pemimpin-pemimpin ummat di sekeliling. Tidak mampu melakukan apa-apa atau takut untuk bertindak dengan pelbagai alasan yang pelbagai. Benarlah makdud Sabda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalalam, ummat Islam diakhir zaman umpama buih di lautan Meskipun banyak tapi tidak kuat menghadapi cabaran.
Peperangan ini, hikmahnya menjadikan kita lebih peka dengan sejarah. Lebih berminat mencari maklumat dan ilmu tentang para nabi terdahulu. Seperti kisah Nabi Musa dan Bani Israel yang di perintahkan Allah memasuki Baitulmaqdis. Juga kisah nabi Yaakub dan asal usul Yahudi dan kisah bintang enam dan bumi Kan'an, Filastin. Juga janji-janji Allah melaui lisan dan wahyu nabi,semuanya adalah ilmu yang perlu terus kita terokai.
Bukalah mata dan bukalah hati, menghayati sesuatu tragedi dengan ilmu akan menjadikan kita lebih memahami sesuatu peristiwa dengan baik. Juga menjadi iktibar buat diri dan masyarakat.
Bacalah al-Quran dan hayati maknanya. Ia akan menguatkan hati kita. Yakin dengan janji-janji Allah. Merasakan dekatnya kalam Ilahi dalam setiap peristiwa yang terjadi.
Ya Allah.. .
Bayangkan ketika anda membaca didalam al-Quran tentang Saidatina Maryam dan kelahiran nabi Isa di bumi Palestin, ketika itu terbayang anak-anak kecil yang di bom dan cedera parah di Gaza, Allahuakbar.... Tentu tak terbendung air mata.
Hayati dan tadabbur surah al-A'araf dan Surah al-Isra'. Juga lain-lain surah dalam al-Quran. ia akan memberikan banyak jawapan kepada tanda tanya di hati kita.
Al-Quran, telah menceritakan segalanya. Melampaui batas masa dan zaman. Dekatkan lah diri dengan al-Quran, semoga ia menjadi pembimbing, penenang dan pendamping kita disaat sukar.
Berada pada fasa akhir zaman, memang menggerunkan.Tanpa iman , tanpa ilmu dan tanpa guru yang membimbing bisa mengelincirkan seseorang dari jalan yang benar.
Kita memang mengimpikan melihat Filastin merdeka di depan mata dan rakyatnya bahagia di tanahair mereka, tapi kita perlu melalui fasa kehadiran dajjal dahulu . Saat inilah yang sangat membimbangkan. Dajjal-dajjal kecil telah pun bermaharajalela. Ramai ummat Islam telah pun terikut-ikut dengan cara hidup Yahudi dan Nasrani. Cintakan dunia dan meninggalkan syariat yang mulia. Bimbang, generasi yang penuh dengan "Wahan" , tidak lagi dapat bertahan dari musuh dan syaitan.
Membina generasi tentera al-Mahdi bukanlah mudah. Al-Mahdi yang akan membebaskan Palestin. Bersama nabi Isa yang akan membunuh dajjal.
Kehadiran nya ditunggu ummat, tapi tidak diketahui siapa yang sempat.
Persiapkanlah diri dengan apa yang telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad. Insya-Allah kita tidak akan sesat.
Bumi al-Qudds adalah tempat berlakunya tempat israk dan mikraj nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam. Tumpuan kita yang kini terarah kesana mengajak kita untuk kembali menghayati perjalanan baginda ke sidratul muntaha.
Terdapat 11 peristiwa ganjil yang diperlihatkan kepada baginda. Antaranya adalah azab orang yang meninggalkan solat, azab orang yang tidak menunaikan zakat dan seksaan terhadap penzina.
Menginsafi peperangan dan kekejaman yang berlaku di bumi Mikraj, seharusnya ummat Islam berusaha memperbaiki diri dan berusaha melaksanakan ibadah yang dituntut dan menjauhi larangan dalam syariat.
Ketika kita diberitakan ramainya orang bukan Islam yang mula tertarik dengan Islam ketika melihat bagaimana seorang mukmin menerima musibah di Gaza, seharusnya kita juga perlu berusaha memperbaiki diri dan keluarga serta menambah amalan. Kerana kita lebih mengenal Filastin dan penghuninya berbanding mereka.
Ya Allah. Bantu lah saudara kami di bumi Filastin. Jadikanlah kesabaran dan kekuatan jiwa mereka yang indah itu satu kekuatan buat jiwa-jiwa kami. Kami yang sering mengeluh sekalipun dalam niamat yang panjang, sedangkan mereka seringkali kehilangan orang yang tersayang.
Ya Allah.Jadikanlah kami orang yang mensyukuri niamat anak-anak yang masih dalam pelukan dan genggaman. Sedangkan mereka mengucapkan selamat jalan buat anak-anak yang syahid dibawah runtuhan.
Ya Allah. Perit dan pedih melihat kekejaman tanpa dapat melakukan apa-apa.Namun Engkaulah Yang Maha Bijaksana. Ada hikmah dan jalan di sebalik peristiwa. Engkaulah yang mengatur segala. Kehancuran penzalim akan tiba jua.
Ya Allah.. ummat kekasih-Mu dan nabi-Mu dihina dan dizalami oleh Y@hoodi. Sedangkan bagindalah yang mengeluarkan Y@hoodi ini dari Madinah kerana pengkhiyanatan mereka.
Hanya dari-Mu kami mohon pertolongan buat ummat kekasih-Mu.
.😭...................لو كان بيننا الحبيب
Semoga kitalah antara "Yang menyalakn pelita" di bumi Al-Qudds dengan harta dan upaya.
Semoga kita lah antara yang sujud dibuminya.
Semoga Allah berikan pertolongan dan kemenangan yang agung buat tentera-Nya di bumi Filastin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan