Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin. Semasa dalam perjalanan ambil kakak di sekolah, si kecil Salim minta umi nasyid๐
. Dalam kereta , tak ada sesiapa yang dengar. Tak sedap pun tak apa.Tapi bagi seorang anak, suara ibu adalah halwa telinganya sejak sekian lama ๐.
Salim sangat suka dengan rangkap lagu,
Kurniakanlah dapat melihat,
Wajah mulia nabi Muhammad,
Didalam mimpi walau sesaat,
Agar rindu kami terubat.
Umi pun nasyid. Bila dah habis rangkap diatas, umi pun senyap sebab tak pandai sambung lagi.
Salim minta ulang lagi dan lagi. Paksa umi dia ulang rangkap yang sama berkali-kali hingga sampai sekolah kakak.
Bila dalam keadaan puasa , bahasa indah itu kita ulang dan ulang, MasyaAllah....
Bukan letih yang kita dapat. Tapi menusuk ke dalam jiwa dan air mata mengalir tanpa paksa.
Terasa, layakkah wajah nabi kita tatap. Dengan Nazrah (pandangan) kita yang banyak dosa. ๐ฅ
Bahasa anak, kadangkala mengajar dan mendidik kita tanpa sedar.
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ุนููู . ุตูู ุงููู ุนููู.
#Bahasaanak
#serisurikehidupan
#ibrahdanqissah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan