Sabtu, 11 Disember 2021

LETIH


Letih kah kita dengan dunia  ?  Kadang terasa terluka, X dihargai. Tapi fikir sendiri kenapa mengharap penghargaan manusia, sedang Dia yang Esa menilai segala. 
Letih, perlukah kita rehat? Sebagai manusia biasa keluar dari kepompong sendiri kadangkala membawa lega. Tapi sampai bila... Hakikat kehidupan perlu dihadapi . Melayan takdir dengan sabar dan redha, hingga saat ajal tiba, itulah hakikat sebenar rehat seorang hamba. Itupun jika amalan sempurna. 
Malang , jika amalan cacamarba, perlu berhadapan siksa berjela-jela dialam kubur yg panas dan sempit pula, ertinya ,, tiada rehat juga untuk selamanya. Maka buatlah bekalan sempurna, perbaiki salah dan silap kita agar ADA rehat yang hakiki, untuk kita disana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan