Bayi kecil itu
Sejenak menatap pada zahir
Bayi kecil yang baru kelmarin di lahir
Terasa diri begitu kerdil
Disisi Allah yang Maha Adil
Seketika menyentuh pada wajahnya
Bayi kecil yang baru kelmarin dilahir
Begitu halus, mulus dan indah
Terasa besarnya kasih sayang Allah
Betapa Dia anugerahkan bahagia
Dengan ciptaan begitu sempurna.
Saat telapak kecilnya kita seka
Pantas jejari comel menggenggam
Erat dan kemas sempurna
Betapa si anak dambakan bahagia
Dalam dakapan iman yang bercahaya
Di didik kasih ayah dan bonda
Terbina menjadi insan nan mulia.
Sewaktu anak matanya kita tatap
Terang dan jernih
Benarlah sabda seorang kekasih
Anak dilahir di atas fitrah-Suci dan bersih
Ibu bapa jua yang mencorakkan.
Seakan tidak ingin terpisah
Dari detik dia membesar
Kerana terasa begitu berharga
Bermula dengan senyuman pertama
Dan jatuh bangun yang tak pernah kecewa
Jua tawa kecilnya yang ceria
Dan tangisan manja dalam luahan jiwa
Semuanya akan pergi jua
Menuju arah alam dewasa.
Anak kecil yang baru kelmarin dilahir
Khalifah Allah yang baru hadir
Moga terbina bagai ditakdir
Ummat Muhammad utusan terakhir
Ummati-ummati bermain dibibir
Tanda rindu dan kasih seorang nabi.
Selawat dan salam keatasnya
Allahumma salli wa sallim alaih.
Ditulis selepas kelahiran asma'.
Disiar semula slps kelahiran ahmad salim.
16 jan 2019



Tiada ulasan:
Catat Ulasan